1 sen merupakan satu jumlah yang agak kecil bagi sesetengah makhluk kat atas muka bumi ini. 1 sen merupakan satu angka yang tidak memberi kesan kepada setiap pangkat atau darjat kerana pada mereka kesempurnaan wang bukan pada 1 sen. 1 sen merupakan satu nilai yang disalah erti oleh ramai orang yang mengenal dunia bukan pada angka 1 sen.
Kedaifan inilah yang memungkinkan sesetengah makhluk untuk mengambil kesempatan atas kealpaan yang memuncakkan satu kebijaksanaan. Kesedaran yang tipis dalam kalangan masyarakat menyumbang kepada satu keruntuhan dalam aspek neutralisasi dalam sesebuah sistem kemasyarakatan. Kesedaran yang berpunca daripada tindakan sedar atau separa sedar merupakan paraktik yang masih sumbing dalam kehidupan. Lahiriahnya, kegagalan dalam memupuk kesedaran membantu sesetengah pihak beroleh keuntungan.
p/s: Tahukah anda, akaun anda mungkin kekurangan 1 sen setiap tahun. Bayangkan sekiranya 100 juta orang mengalami perkara yang sama. Maka, kekayaan dari 1 sen banyak ertinya.


No comments:
Post a Comment